Saturday, 26 January 2013

"tidak mengapa.."

bila sahaja ada yang menyakiti, 
katakan tidak mengapa, 
"aku tidak akan membenci, 
kerana aku juga pernah menyakiti diri ini,
lalu darinya aku belajar menghargai.."

bila sahaja ada yang melukai, 
katakan tidak mengapa, 
"aku tidak akan berdendam,
kerana aku juga pernah melukai jiwa halusku, 
lalu darinya aku belajar untuk mengerti.."

bila sahaja ada yang tidak percaya, 
katakan tidak mengapa, 
"aku tidak akan melatah, 
kerana aku juga pernah khuatir pada kuatnya diri, 
lalu darinya aku belajar untuk mendepani.."  

Kata orang, 
"dari titisan air mata, kita belajar untuk mengerti.
dari rasa khuatir, kita belajar untuk mempercayai, 
dari rasa kehilangan, kita belajar menghargai.

Kata orang, 
"dari rasa bersalah, kita belajar memaafi, 
dari sebuah harapan, kita belajar berjuang,
dari sebuah perjuangan, kita belajar berkorban, 
dari sebuah pengorbanan, kita belajar mengenali diri.."

~Salam kasih~
Tia Shm 

No comments:

Post a Comment