Tuhan tahu,
hatimu mudah gundah,
Tuhan tahu,
hatimu senang lupa,
Tuhan tahu,
hatimu bisa menerbit dusta,
Tuhan tahu,
hatimu gampang dikelabui dosa,
Tuhan tahu itu,
Pun begitu,
Dia mahu kamu tahu,
Bahawa Dia ada untuk kamu,
selagi kamu perlu.
Dia mahu kamu mengerti,
Bahawa Dia sentiasa menanti,
biar ke ceruk mana sahaja kamu mencoba lari.
Dia mahu kamu sedari,
Bahawa Dia sudi memaafi,
biar bergunung Dia kau lukai..
Tuhanmu,
Dialah Tuhan yang menciptamu,
yang tahu liku hidupmu,
yang mendengar esak tangismu,
yang melihat senyum tawamu,
yang mendengar esak tangismu,
yang melihat senyum tawamu,
sujudlah,
cintalah,
rindulah,
kepadaNya kelak kita kembali.
kepadaNya kelak kita kembali.
~Salam kasih~
Tia Shm
No comments:
Post a Comment