Tuesday, 18 March 2014

"sakit hati"

ini, di sini, ialah sekepal hati. aku punya.

kau, juga punya satu hati.

hati ini, kau sakiti.

lalu hatimu, layakkah dijaga?


sakit, sakit ini, mengelar ngeri,

aku, yang rasa.

sakit ini, kau yang beri,

lantas perlukah, kau ku percaya?


sakit hati ini,

hati yang sakit ini,

kau tidak rasa,

kau tidak ku paksa untuk rasa,

tapi rasa ini,

kau akan rasa,

di setiap manisnya gula yang kau nikmati,

ada racun tersembunyi,

yang ku perah dari air mata luka,

takkan kau sedari,

kerana rasa sakit ini,

dari kau datangnya,

kepada kau ia kembali.

sakit hati ini.

ini.

No comments:

Post a Comment