akukah haiwan sesumpah?
bila aku menyerupa,
mencuba menjadi serigala yang bengis wajahnya,
dan sinis taringnya, kononya dialah raja mergastua,
akukah haiwan sesumpah?
pabila aku menyerupa,
mencuba menjadi angin yang gemalai tiupnya,
dan sepi desirnya, kononya dialah penitip khabar gembira,
akukah haiwan sesumpah?
pabila aku menyerupa,
mencuba menjadi awan yang gebu senyumnya,
dan teduh limbuhnya, kononnya permatang itu dialah peneduhnya,
akukah haiwan sesumpah,
pabila aku menyerupa,
mencuba menjadi pungguk yang setia rindunya,
dan merdu siulnya, kononnya bulan itu dialah perindunya,
akukah haiwan sesumpah,
pabila aku menyerupa,
mencuba menjadi helang yang angkuh matanya,
dan zalim kukunya, kononnya langit itu dialah yang punya,
Akukah serigala? akukah angin? akukah awan? akukah pungguk? akukah helang?
andai aku sentiasa menyerupa,
menjadi sesumpah di mana sahaja,
bagaimana bisa ku menggapai bahagia,
sedangkan hidup itu perlu pada kebenaran jiwa, ketulusan kata, dan kejujuran makna,
bukan sesumpah, bukan menyerupa, dan bukan juga dusta..
~Salam kasih~
Tia shm
p/s: Just the way you are :)